Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Ya, bubuh nama sendiri, tidak tahu hendak panggil apa. But, sejak beberapa minggu lalu sibuk menyiapkan bunga quilling untuk dilekat atas plat magnet. Buat untuk pengomen setia di bloghijau dan sebagai cenderahati untuk kenalan-kenalan terdekat.
Terdapat tiga jenis bentuk bunga dan rama-rama. Dua daripada bentuk bunga dibuat menggunakan sikat quilling selain slotted quilling tool. Kesemuanya belajar daripada kakLin [Lin Handmade Greetings card] Terima kasih kakLin.
Disebabkan belum ada printer, makanya font pun dibuat menggunakan tangan sahaja, muehehe. Gigih. Kena beli printer ni. Ahaks!
Harganya serendah RM 2 dan ke atas. Emailla saya jika mahu ye. Seawal yang mungkin kerana daku sudah kehabisan stok magnet. Ohohooo.