Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Asalkan pergi berbelanja, dia minta buku, buku mewarna, buku princess, buku miki mouse, memang sangat mengikuti perangai emak. Emak lebih suka beli buku berbanding beli baju, muehehee. Yang jadi lelahnya, pabila beli buku kesudahannya koyak-koyak-koyak. Bila sudah koyak, bersepah, Arrizqi pula masuk mulut. Haish!
Makanya, emak terfikir untuk buat buku kalis koyak dengan sendirinya. Memang sudah lama menyimpan kertas kotak susu Arrizqi. Susu mahal, harus simpan kotaknya dengan niat buat buku Auni. Buat sama-sama dengan dia sewaktu abi ada di rumah. Arrizqi mana boleh emak melayan orang lain, ada je yang dia berbunyi. Jeles sangat.
Kertas kotak yang dipotong random asalkan sekata. Ditebuk lubang sebelah tepi dan ring untuk binding supaya kertas tidak bersepah. Tahan lasak.

Berguna kotak ni, tahan lasak.

Haaa, conteng Auni jangan tidak conteng.

Mudah sahaja, untuk seorang kanak-kanak ianya sudah memadai. Dia sungguh teruja dan gembira. Emak dapat kiss lebih daripada biasa, muehehe.